วันศุกร์ที่ 26 สิงหาคม พ.ศ. 2554

Mereka yang ketinggalan zaman di Selatan Thai.

Pilihan raya umum Negara Thai pada 3 Julai 2554 yang lalu, selain menjadi satu kejayaan bagi sistem demokrasi di Negara Thai kerana ia berjaya mendapat kerajaan baru daripada suara terbanyak untuk mentadbir hal ehwal Negara, ia juga menjadi satu persoalan besar kepada sesetengah kumpulan yang berusaha untuk membuat kekacauan kepada Negara dan rakyat jelata di kawasan tiga wilayah sempadan.

Sebelum pilihan raya, kumpulan-kumpulan tersebut telah berusaha keras menjalankan dakyah mereka supaya penduduk Melayu di wilayah-wilayah itu memboikot pilihan raya umum sebagai tanda menolak pemerintahan kerajaan Thai. Surat layang - yang memuatkan beberapa fakta sejarah bahawa orang Melayu ialah tuan tanah, bangsa Melayu pernah gilang gemilang sebelum dijajah oleh Siam dengan disokong oleh pendapat para ilmuan Arab bagi membina keyakinan orang ramai terhadap kumpulan mereka- telah ditaburkan di merata tempat. Walaubagaimanapun, ternyata daripada keputusan pilihan raya itu bahawa rakyat jelata, yang merupakan empunya hak yang sebenarnya, iaitu orang Melayu di tiga wilayah selatan, masing-masing keluar mengundi secara beramai-ramai. Ini menunjukkan kesediaan dan kerelaan mereka untuk terus berada di bawah naungan sistem pemerintahan Negara Thai yang memberi kebebasan hidup dan hak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing, selagi mana ia tidak menyentuh hak dan kebebasan orang lain.

Salah satu asas sistem demokrasi yang diakui oleh semua Negara dalam dunia ini ialah menerima pandangan suara terbanyak. Kalau dilihat secara kasar, penduduk Thai Muslim yang merupakan satu juzuk daripada masyarakat Thai telah keluar mengundi. Ini boleh difahami bahawa mereka tidak mahu berpisah daripada Thailand. Pada masa yang sama , jika dilihat dari ruang lingkup yang lebih kecil khususnya di kawasan yang kononnya didakwa sebagai kawasan kerajaan Patani Purba (iaitu di wilayah Narathiwat, Pattani, Yala dan empat daerah di wilayah Senggora) didapati bahawa lebih daripada separuh daripada penduduk di situ telah keluar mengundi. Ini bermakna bahawa penduduk Thai Muslim tidak mengiktiraf kuasa yang ada pada kumpulan pengganas baik PULO atau BRN dalam semua peringkat sama ada peringkat akar umbi atau peringkat tinggi. Penduduk Thai Muslim telah mengisytiharkan dengan jelas bahawa diri mereka berdiri di sebelah yang bertentangan dengan puak pengacau.

Masyarakat sejagat pada zaman moden, pada zaman di mana semua Negara perlu mempelajari untuk hidup bersama dalam dunia yang tidak bersempadan ini. Isu perkauman bukan lagi menjadi sekatan kepada pembangunan. Di tengah-tengah sistem komunikasi yang begitu canggih, penduduk Thai Muslim telah memberi jawapan mereka bahawa mereka mahu menyelesaikan masalah mereka di bawah sistem demokrasi yang berpegang kepada prinsip berpegang kepada suara terbanyak dan bukannya keganasan.

Ia merupakan jawapan dan sekali gus persoalan yang terpantul balik kepada mereka yang berusaha untuk memisahkan kerajaan Patani dari Thailand. Mereka yang hanya terlekat pada kemakmuran pada zaman dulu yang diceritakan dari mulut ke mulut. Mereka yang tingkah laku mereka hanya merupakan tingkah laku orang yang ketinggalan zaman.

http://www.deepsouthwatch.org/node/2108
http://www.bangkokpost.com/news/election/map-south
http://www2.ect.go.th/about.php?Province=narathiwat&SiteMenuID=1609
http://www.ect.go.th/newweb/upload/cms07/download/2517-7629-0.pdf

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น