วันอังคารที่ 29 พฤศจิกายน พ.ศ. 2554

Petanda yang baik daripada tiga wilayah sempadan Selatan Thai

Sudah hampir sepuluh tahun berlakunya kejadian huru-hara di kawasan 3 wilayah sempadan selatan Thai secara berterusan dan tidak ada penunjuk bahawa ia akan reda. Walaupun pelbagai pihak telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya , di samping penggunaan belanjawan beribu-ribu juta baht untuk menyokong usaha badan-badan kerajaan yang bertanggungjawap di bahagian selatan Thai. Semua apa yang telah dilakukan selama ini hanya sekadar dapat menangguhkan masa sahaja bukan penyelesaian muktamat terhadap kekacauan di tanah hujung kapak itu.
Sentiasa terdapat kumpulan-kumpulan yang berusaha untuk menyebarkan dakyah anti kerajaan dan menyerang pihak berkuasa pada setiap zaman. Salah satu daripada kumpulan-kumpulan tersebut ialah Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu atau PULO di bawah pimpinan Encik Nur Abdur Rahman yang dilantik pada awal tahun lalu.
Baru-baru ini telah berlaku perubahan tergempar di dalam gerakan PULO itu apabila presidennya telah ditukar lagi dan pada kali ini, Encik Kasturi Mahkota telah diberi kepercayaan untuk menjadi presiden pertubuhan itu.
Sumber berita Angkatan Tentera Darat Bahagian Ke-4 yang bertanggungjawap memantau dan menjaga 3 wilayah sempadan Selatan Thai membuat spekulasi bahawa kekuatan PULO mungkin banyak tergugat . Encik Kasturi dinaikkan menjadi presiden kerana campur tangan daripada kerajaan Negara jiran yang berusahasa membantu Negara Thai dengan mendesak kumpulan PULO supaya mengadakan rundingan terbuka dengan kerajaan Thai, di mana sebelum ini Encik Kasturi selalu menjadi orang yang masuk dalam rundingan secara sulit dengan kerajaan Thai.
Suara rakyat dan para pemimpin agama di kawasan 3 wilayah sempadan sendiri pun merasa puas hati dengan rundingan itu-jika ia akan berlangsung dan mereka bersedia untuk mengemukakan jalan keluar bersama dengan pegawai-pegawai kerajaan Thai.
Pada hujung bulan Oktober 2554, telah diadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin agama tempatan dan wakil Angkatan Tentera Bahagian ke-4 untuk mendengar pelbagai cadangan dan syor . Hasil pertemuan itu sangat memuaskan walaupun belum ada kata putus yang jelas.
Semua ini menunjukkan bahawa peranan kumpulan PULO di 3 wilayah Sempadan Selatan Thai mulai berkurangan. Hubungan yang baik antara kerajaan Thai, Malaysia dan Indonesia sangat penting dalam menangani masalah ini dengan memberikan tekanan kepada pemimpin-pemimpin berhaluan kiri kumpulan PULO itu.
Adalah diketahui umum bahawa ramai daripada pemimpin-pemimpin kumpulan itu melarikan diri dan tinggal di kedua-dua Negara tersebut. Walaupun pemimpin-pemimpin berhaluan kiri kumpulan itu masih bertegas bahawa tujuan sebenar pertubuhan mereka bukanlah rundingan, bukan negeri Patani atau sebarang kawasan pentadbiran khas tetapi ia ialah kemerdekaan rakyat Melayu sahaja.
Perkembangan selepas ini perlu diberi perhatian serius untuk mengetahui cara bagaimana masalah huru-hara dan ketidakamanan di 3 wilayah sempadan Selatan Thai akan menemui jalan keluar.
Adalah sangat diharapkan bahawa ia akan menjadi jalan keluar yang terbaik dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Inipun kalau kumpulan PULO tidak menuntut apa-apa yang bukan-bukan.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น