วันพฤหัสบดีที่ 29 ธันวาคม พ.ศ. 2554

Penaklukan untuk keamanan dan kebebasan rakyat Patani

Banjir merupakan ujian kesabaran dan keteguhan hati kita- orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya di mana masa kesukaran tersebut telah berlalu dengan baik. Dan yang tertinggal ialah hati teguh kita- kaum Muslimin yang tinggal di tanah Thailand yang aman damai di bawah naungan raja Thai dan rakyat Thai yang pemurah yang dengan sukarelanya memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Ini adalah takdir Ilahi.

Kita tidak fikir bahawa adanya sikap anti-Islam di Thailand hanya kerana isi kandungan lagu sesetengah kumpulan penyanyi lagu. Ini kerana mendengar lagu untuk hiburan seperti itu bukan apa yang kita pedulikan. Yang penting bagi kita ialah mengaji al-Quran dengan tekun dan bekerja mencari rezki untuk menampung keperluan hidup mengikut dasar ekonomi bersederhana dan menolong kaum muslimin yang miskin mengikut kemampuan diri kita.

Islam mengajar kita supaya cinta untuk hidup bersama dengan aman. Dengan itu, kita berasa bangga kerana ada orang Islam yang menjadi orang besar di dalam Negara ini. Mereka berperanan menjadi wakil orang Islam yang berusaha menjaga keadilan , kesaksamaan dan keamanan di dalam Negara. Negara Thai memberi kebebasan kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Kita ada sistem kehakiman yang adil , sebagai contoh pada 8 Disember 2554 yang lalu, mahkamah Wilayah Patani telah membebaskan Encik Syukri Adam dan Ahmad Kiya daripada tuduhan membunuh Encik Chuan Thongprakham seorang penduduk kampung yang beragama Buddha di mukim Napradu, daerah Khokpho , wilayah Patani dalam kejadian pada 8 Februari 2550.

Selain itu kita ada badan swasta baik dari dalam dan luar negeri yang sentiasa menuntut keadilan dan kesaksamaan bagi seluruh penduduk Patani.
Perjuangan untuk menentang penaklukan Siam hanya merupakan ideologi dan laungan sesetengah kumpulan yang merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat Muslim di Thailand. Mereka tidak mewakili pemikiran sebahagian besar orang Islam di Thailand. Oleh itu, para pejuang yang gagah berani perlu membina kekuatan di dalam kumpulan diri sendiri dahulu dan seterus membina kekuatan mengikut ajaran Islam dengan mengagihkan kebahagiaan kepada kaum muslimin di Patani mengikut jalan keamanan sebelum keadaan akan menjadi lebih teruk dan terlambat.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น